Senggugut merupakan sakit ketika datang bulan atau haid yang amat menyakitkan.
Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
Sementara senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.
Senggugut yang teruk juga antara faktor pembentukan cyst.
Amalkan memakan jus kunyit asam jawa dan gula merah yang direbus - dalam ertikata lain Jamu Kunyit Asam. Amalkan meminumnya sekali selepas makan tengah hari dan sekali lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Comments
Post a Comment