Posts

Showing posts from August, 2017
Image
Senggugut merupakan sakit ketika datang bulan atau haid yang amat menyakitkan. Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua. Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggu gut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Sementara senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid. Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan. Se...
Image
CERITA HARI INI. Sis Q: Kenapa lama sangat tempoh nak siapkan sebotol jamu? Ain: Memang la lama kalau Ain yang masak. Tapi tak da la  sampai ke tahap Ain masak sebotol demi sebotol mcm suami Ain masak char kue tiau sepiring demi sepiring sbb nak jaga rasa punya pasal. Ain masak satu periuk untuk satu dapur & masak boleh sampai 4 ke 5 periuk serentak. Maknanya kena banyak juga dapurnya kan! Sis Q: Sebab apa ya sis? Ain: Sebabnya Ain nak jaga kualiti jamu2 buatan Ain. Dah la masak cara tradisi pastu tak ada pengawet pastu nak masak lebih kurang? Tak boleh la macam tu! Takut jamu jadi macam air Coca Cola goncang plak nanti. Bergas! Ramuan kena basuh bersih2. Periuk tapis besen pisau gunting kena basuh bersih2. Ramuan kena kisar giling ketuk tumbuk sempurna. Ramuan yang kena tapis pun kena sempurna. Masak pun api kena jaga. Nak memasak pun kena jeling2 jam juga. Bila dah siap masak nak kena sejukkan dulu dalam rumah. Dah tu kena la biar semalaman. Dah sejuk ...

Post pertama blog Jamu Tradisional Nur Ain

Assalamualaikum & salam manis semua... Hari ni bermula langkah seterusnya buat Jamu Nur Ain. Kena buka blog untuk membentuk satu lagi ruang hebahan untuk produk Nur Ain. Facebook page Jamu Tradisional Nur Ain masih 'maintain' dan akan ada link berkait dengan blog ni, sama ada link blog ni akan ke fb page atau pun link fb page akan ke blog ni. Dalam masa yang sama juga instagram 'jamunurain' akan cuba ikut 'maintain' sama. Kalau boleh segala maklumat berfaedah, wadah berkaitan atau pun jenaka sekali pun akan diselitkan di dalam blog ni. Semoga kita semua mendapat faedah dan keberkatan hasil daripada hebahan maklumat dari blog ini. InsyaAllah. ...senyum selalu.