Skeptikal Berkaitan Ekstrak Kunyit
Mengamalkan pengambilan jamu adalah satu kebiasaan bagi masyarakat berketurunan Jawa di Indonesia. Namun begitu amalan ini telah menjadi satu alternatif dalam pengamalan penjagaan kesihatan secara tradisional oleh kebanyakan masyarakat di seluruh nusantara termasuklah di Malaysia. Skeptikal terhadap pengambilan jamu kunyit asam memang sentiasa ada terutamanya dari pandangan pihak yang masih beranggapan bahawa pengambilan ekstrak kunyit boleh mendatangkan mudarat.
Tahukah anda bahawa apa jenis ramuan, sama ada yang terkandung di dalam ubat2 moden mahu pun yang tradisional perlu mengikut sukatan dan aturan yang tertentu?
Adalah menjadi satu kesalahan kalau dikatakan bahawa ekstrak kunyit mampu mendatangkan mudarat jika diambil secara berterusan. Kita perlu tahu dan faham mengapa perlu ada aturan dan sukatan yang tertentu pada setiap unsur perubatan. Tak salah menilai tapi perlu faham apa maksud rutin dan apa itu kekerapan.
Tidak semestinya kita perlu minum jus jamu kunyit asam setiap hari. Adalah penting untuk kita tahu aturan minum jamu dan fahami kenapa perlu minum jamu. Perlu tahu juga apakah khasiat jamu kunyit asam. Perlu ambil tahu kandungan yang terdapat di dalam jamu kunyit asam.
Banyak orang tahu apa itu kunyit dan selalunya kunyit lebih banyak dikaitkan dengan ramuan di dalam juadah makanan. Tapi banyak orang jadi skeptikal bila memikirkan amalan minum jamu kunyit asam boleh mengganggu kitaran biologi tubuh.
Cuba anda perhatikan atau bertanya kepada orang Jawa yang telah sekian lama mengamalkan minum pelbagai jenis jamu sejak umuran hijau lagi. Adakah mereka akan jatuh sakit kerana amalan ini yang telah dilakukan sejak turun temurun?
Adakah mereka ada akan cepat menopaus? Adakah keturunan ini ada mengalami perubahan genetik kerana amalan turun temurun?
Jamu pada masyarakat Jawa adalah remedi alternatif kepada perubatan moden. Cara pengambilan secara rutin atau mengambilnya pada masa2 tertentu tidak langsung menunjukkan perubahan biologi secara total malahan mereka menjadi sihat dengan hanya bergantung kepada ramuan semula jadi.
Seperti yang pernah dibangkitkan dulu, alangkah ruginya generasi masakini yang tidak mengambil tahu tentang ramuan dan perubatan tradisi. Bukan mahu menidakkan perubatan moden tetapi perubatan tradisional yang telah diamalkan sejak turun temurun perlu kita amalkan juga bergantung kepada kemahuan diri.

Comments
Post a Comment